Roasted Honey Blackpepper Chicken


Bahan-Bahan:
6 ketul daging ayam
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1/2 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
4 sudu besar kicap manis
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
Garam secukup rasa
3 sudu besar madu
1/2 biji lobak merak (dipotong 1inci) **
1 biji kentang bersaiz besar (dipotong 1 inci) **
3 biji bawang merah (dibelah 2) **

Cara-cara Memasak:
Perap semua bahan kecuali bahan bertanda ** selama 1/2 jam.
Susun ayam yang telah diperap ke dalam dulang pembakar. Letak sedikit air perapan di atas ayam.
Susun lobak merah, baang merah dan kentang yang telah dipotong ke dalam dulang pembakar yang sama.
Bakar ayam di dalam oven dengan suhu 180 degrees selama 45 minit.
Pada minit ke 25, keluarkan ayam sebentar dan jirus ayam dengan baki perapan tadi (seperti membuat ayam percik) Bakar sehingga naik bau. Sekiranya ayam belum masak dalam masa 45 minit, anda boleh teruskan bakar sehingga ayam naik bau wangi.
Sedia untuk dihidangkan dan anda boleh makan begitu sahaja ataupun cicah bersama sos cili.

No comments:

Post a Comment